Monday, October 26, 2009

PIAGAM PELANGGAN SK JERAM MENGKUANG

KAMI WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN JERAM MENGKUANG, BIDOR
DENGAN PENUH TEKAD DAN AZAM
BERIKRAR DAN BERJANJI
AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK
Mewujudkan dan memastikan semua murid dapat ditempatkan di dalam bilik darjah yang teratur, selesa dan sempurna untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran;
Meningkatkan penguasaan kemahiran 3M di kalangan murid-murid sehingga mencapai pencapaian 100%;
Melaksanakan dan memastikan Ujian Penilaian dan Peperiksaan dapat dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan;
Menentukan disiplin, akhlak dan sahsiah murid-murid berada di tahap yang memuaskan;
Memastikan semua murid diberi peluang yang sama untuk menyertai aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah,kelompok dan daerah;
Menentukan murid-murid yang akan menduduki tahun 1 hadir ke sekolah pada hari pertama persekolahan;
Merancang,melaksana dan mengekalkan keceriaan bangunan serta kawasan sekolah;
Menerima,mengurus dan menyelesaikan masalah serta aduan dari pihak ibu bapa dengan sebaik mungkin dan;
Sentiasa bersedia,berfikiran terbuka dan sanggup menerima pandangan,cadangan,syor, dan teguran membina dari semua pihak demi
mempertingkatkan pretasi dan kecemerlangan akademik murid-murid.

No comments:

Post a Comment